Assalamualaikum.
Sudah pasti ramai diantara kita yang pernah mendengar hadith :
Seperti yang pernah saya tuliskan dahulu, saya menyatakan bahwa golongan intelektual seperti para saintis dan pengkaji ilmiah, serta golongan yang cintakan ilmu adalah golongan ulama’. Saya berpendapat begitu adalah disebabkan kalimah ‘Alim’ yang menjadi asas kepada perkataan “Ulama’”, yang berakarkan perkataan ‘ilm’, yang bermaksud ‘pengetahuan / knowledge’.
Secara logiknya, sudah pastilah jika akar perkataan ulama itu adalah pengetahuan, maka sudah pastilah ulama itu adalah golongan berpengetahuan, bukan golongan yang warak.
Pendapat saya ini adalah jua berasaskan satu frasa (saya tidak ingat sama ada ianya pepatah, atau hadith, atau kata – kata peringatan) yang didalam bahasa Arabnya berbunyi : “Al-alimuu habibullah hi walau kana fasiqaan, wal jahilu ‘aduwullah hi walau kana ‘abidan” yang terjemahannya (secara literal) adalah : Orang yang berpengetahuan itu kesayangan Allah walaupun dia fasiq, dan orang yang jahil itu musuh Allah walaupun dia seorang abid (ahli ibadah).”
Namun begitu, saya pasti lebih ramai lagi golongan bijak pandai akan dapat mengupas berkenaan dengan isu “Siapa sebenarnya yang layak digelar Ulama’”. Tambah pula, perkataan ulama itu sendiri merupakan saduran dari perkataan Arab yang diasimilasi kepada perbendaharaan kata Bahasa Melayu, sedangkan sebelum adanya perkataan “ulama”, mereka yang mahir dalam bidangnya biasanya digelar orang dengan pangkal perkataan “pandai”, sepertimana “pandai besi” merujuk kepada tukang besi yang mahir.
Berbalik kepada potongan hadith yang diatas, saya merasakan yang seharusnya kekeliruan yang menyelubungi masyarakat Muslim pada hari ini boleh di’terang’kan dengan jalan berfikir , menyelidik dan mengkaji. Rasulullah S.A.W. sendiri menyatakan, yang golongan berpengetahuan adalah pewaris para Nabi. Ini adalah referral secara langsung. Tidak ada kesamaran tentang itu. Yang menjadikan keliru adalah apabila masyarakat kita seringkali tersilap faham dengan istilah ‘Alim’ dan ‘Warak’.
Asal tengok orang rajin solat je, orang tu terus jadi orang alim. Walhal, kalau orang tu bersolat sampai bengkak dahi, tapi makna ‘Sami’ Allahu liman Hamidah’ pun tak tau, alim apanya ?
Cuba kita renungkan sejenak mengenai hadith Rasulullah S.A.W yang di atas. Hadith tersebut cukup simple tapi mendalam persoalannya. ‘ULAMA ITU PEWARIS PARA NABI’. Bayangkan, betapa tingginya kedudukan orang – orang yang berilmu di mata baginda, sehinggakan orang – orang ini diberikan martabat sebagai pewaris para nabi. Tetapi mengapakah pada hari ini, orang – orang Islam tidak mahu berlumba – lumba untuk menguasai ilmu pengetahuan ?
Berpakaian ikut Sunnah, makan ikut Sunnah, tidur ikut Sunnah, tapi mengapa bila dibangkitkan soal ilmu pengetahuan, maka tidak mahu menguasainya, sedangkan ianya juga Sunnah ?
Dan tingginya tuntutan untuk menguasai ilmu itu sehinggakan golongan yang keluar menuntut ilmu itu digelar Ibnu Sabil dan layak pula menerima wang zakat. Dan Islam juga tidak pernah mengatakan yang ilmu yang perlu dituntut itu adalah ilmu akhirat semata - mata. Jika benar bahwa hanya ilmu akhirat sahaja yang bernilai di sisi Islam, mengapakah ulama –ulama sains terdahulu begitu susah payah mengkaji pelbagai perihal, mencipta pelbagai formulasi dalam bidang perubatan, kejuruteraan, astronomi, pelayaran dan matematik ? Takkanlah mereka yang diiktiraf sebagai bijak pandai tersohor ini mahu menghabiskan masa terhadap perkara yang sia – sia dan tidak bermakna ?
Dan pada masa kini, umat Islam sendiri mengenepikan usulan dari golongan bijak pandai dan ahli dalam bidang mereka, hanya kerana mereka bukan ustaz. Hanya kerana mereka tidak berjubah serban. Hanya kerana mereka tidak bercakap Bahasa Melayu dalam pelat Arab. Hanya kerana mereka tidak kelihatan seperti orang – orang yang hidup di padang pasir. Bukankah itu merupakan perbuatan yang kontradik ?'
Pada satu sisi, umat Islam kita berbangga dan mengagungkan penghasilan karya ilmiah oleh para saintis – saintis dan sarjana Muslim 1000 tahun lampau, dan pada sisi lainnya, menolak hasil kajian ilmiah para ahli sains dan sarjana Muslim masa kini.
Seharusnya, jika kita ingin maju setanding dengan orang - orang bukan Muslim, kita mestilah membukakan minda kita kepada perkara – perkara yang berbeza dari kebiasaan. Mendidik anak – anak kita dengan kecintaan kepada ilmu pengetahuan dan kebolehan berfikir secara logik akal.
Tidakkah Allah Ta’ala telah berfirman di dalam Al – Qur’an, mengenai Nabi Ibrahim yang mencari Tuhannya ? Bukankah apabila munculnya bulan dan matahari, Nabi Ibrahim membuat kesimpulan secara logic yang keduanya itu bukan Tuhan kerana sifatnya yang tidak kekal ? Bukankah itu petunjuk supaya hamba – hambaNya ‘berfikir menggunakan akal” ? Idea siapa pulak yang mengatakan kita tidak boleh menggunakan akal apabila menafsir Al – Qur’an ? Kegilaan jenis apakah yang disodokkan ke benak kita, apabila kita ‘tidak boleh menggunakan akal’ ? Nak buat apa Allah Ta’ala nak beri kita benda yang kita tak boleh guna ?
Cuba kita fikirkan.
Maka dari sebab menggunakan akallah, yang dipandu oleh Al – Qur’an sebagai pedoman, maka terlahirnya golongan intelektual yang begitu terbilang pada 1000 tahun yang lampau. Malah, idea – idea pentadbiran yang melampaui zamannya, seperti yang ditulis oleh Ibn Taimiyah, turut dijadikan asas kepada ‘The Prince’ tulisan Niccolo Machiavelli. Tak perlulah kita ulangi lagi mengenai karya – karya agung sarjana Islam lainnya yang sememangnya sudah tersohor di mata dunia.
Kekurangan golongan pengkaji, pencipta, bijak pandai dan intelektual ini sangat ketara, terutama sekali di Malaysia. Sebagai salah seorang pengamal harta intelek di Malaysia, saya melihat yang budaya inovasi di kalangan umat Islam di Malaysia sangat – sangat kurang berbanding inovasi bukan Muslim. Ini sahaja sudah menunjukkan yang budaya berfikir, mengkaji dan mencipta dikalangan umat Islam sangat rendah. Itu belumpun lagi dikirakan dari segi kemajuan mentality serta perkembangan daya saing.
Ini semua menyebabkan kita berada di kelompok ‘stagnant’ pada mulanya, dan sekarang ini barangkali di kelompok ‘degenerated’. Lihat sahaja apa yang umat Islam kita di Malaysia lakukan pada hari ini.
Membuta – tuli mengikuti fatwa itu dan ini tanpa menyelidik dari sumber. Mengambil jalan kekerasan dan memaksakan orang lain mengikut pendapat mereka. Melabel orang yang tidak sependapat dengan label – label yang menjatuhkan maruah. Mengenepikan secara langsung peranan akal dalam mencapai satu keputusan. Membuat keputusan secara emosi tanpa memikirkan kesannya terhadap orang lain. Bersifat ‘double-standard’ dalam membuat sebarang keputusan. Berpecah – belah, tapi menyembah Allah Yang Esa, pada kiblat yang sama. Bersikap “Islam aku lebih baik dari Islam kamu”, sedangkan Islam itu Tuhannya satu, kiblatnya satu. Perbincangan secara beradab dan berakal diketepikan. Fakta ditolak tepi. Melenting tak tentu hala bila orang lain menyanggah pendapat konservatif yang tidak sama dengan seleranya. Tuduh – menuduh. Tuding jari sana – sini.
Sounds familiar ? Ya. Dan anda rasa, apakah dengan melakukan perkara - perkara di atas, maka umat Islam dapat mencapai tahap yang dihormati ?
Ini adalah penyakit mental yang menghinggapi kelompok masyarakat yang tidak cintakan ilmu pengetahuan, kurang berilmu pengetahuan, dipimpin oleh pemimpin yang kurang berpengetahuan. Dan golongan inteleknya dianggap sebagai kelas kedua, yang mana pendapatnya tidak diambil pusing orang setempat. Nampak sangat tidak matangkan ?
Begitu ramai hari ini kita jumpa orang – orang yang mengikuti kata – kata golongan agama dan mendengarnya dengan penuh minat, namun kemiskinan, kefakiran, masalah sosial dan kejahilan masih lagi membelenggu umat Islam kita. Dan sedar atau tidak, mereka – mereka ini masih lagi berkata – kata tanpa ada tindakan yang konkrit dan decisive. Kalau betullah golongan agama ini begitu efektif dalam mendidik masyarakat, saya pasti umat Islam di Malaysia ni takkan buang sampah merata – rata. Sebabnya ? Kebersihan itu kan separa daripada iman. Dah kalau sampah bersepah – sepah, makanya iman orang Islam di Malaysia ni barangkali tinggal separuh ajelah. Itu baru bab kebersihan, yang asas. Tak perlu kita sentuh bab mentality. Atau bab berfikir.
Bayangkan, jika kita punya ramai golongan bijak pandai yang berfikir dengan menggunakan akal, dan kita juga tergolong dengan kemahiran berfikir dengan menggunakan akal tanpa ikut – ikutan pendapat orang lain. Maka akan wujudkah masalah sebegini ?
Bukankah orang yang berakal itu bijak berfikir ?
Bukankah orang yang bijak berfikir itu boleh menyelesaikan masalah ?
Bukankah orang yang bertindak menyelesaikan masalah itu layak memimpin ?
Dan bagaimana agaknya generasi kita yang akan datang, jika diri mereka dilengkapkan dengan kemahiran berfikir, mengkaji dan mencipta ?
Dan sesungguhnya Allah Ta’ala itu mencipta kita di dunia ini bukanlah untuk bermain – main.
Sama - sama kita renungkan, semoga Allah memberikan kita ilham untuk sama – sama memajukan minda umat Islam hari ini.
Sudah pasti ramai diantara kita yang pernah mendengar hadith :
Al – ulama’ waraasatul anbiya’
Terjemahan : Ulama itu pewaris para nabi.

0 comments:
Post a Comment