Tuesday, November 19, 2013

Posted by NeoJournalis in | 6:07 PM No comments
Malaysiaku hari ini tak tau apa nak jadi. Di bawah kepimpinan bangang Ah Jib Gor, makin banyak kebodohan menjangkiti masyarakat umum. Tak pasti kenapa kita dapat pemimpin bangang camtu.

Pembaziran wang negara di tahap paling tinggi. Obama-wannabes. American - centric. Bodoh.

Satu ketika dulu, Malaysia adalah negara yang punya suara besar di pentas dunia. Sekarang ? Malaysia dah berada di tangga ke berapa pun aku tak tau.

Setakat baca teks masa bagi ucapan depan rakyat jelata bukan ertinya kau seorang pemimpin. Setakat mendengar sorak - sorai dari rakyat (baca : pengampu dan pembodek) bukan bermakna kau diterima dan dihormati. Setakat mengekalkan muka - muka bangang untuk jadi Menteri bagi kesekian kali, bukanlah tanda intelek yang tinggi. Setakat sub-kontrak kerja kau dekat orang lain, tu pun bukan tanda kebijaksanaan. Sampaikan berfikir dan bercakap pun kau sub-kontrakkan dekat orang lain, tu memang lambang kebangangan sejati. Kalau semua benda pun kau nak sub-kontrak dan kau bayar guna wang negara, aku pun boleh jadi pemimpin doh!


Dalam sejarah kemerdekaan dan penubuhan Malaysia, Ah Jib Gor boleh dicap sebagai PM terbangang sepanjang zaman. Kaki membazir. Anak manja yang tak tau bertanggungjawab. Inilah padahnya bila dapat pemimpin anak bangsawan. Elitis. Merasakan rakyat yang tidak berpangkat itu seolah hamba abdi yang terlalu bodoh. Sedangkan rakyat inilah yang memilihnya, sebab pilihan alternatif yang ada terlampau teruk dan langsung tak boleh pakai.

7 Bilion dalam 5 tahun ? Untuk bayar orang yang berfikir untuk kau ? Yang berfikir dengan fikiran yang bukan - bukan ? Sememangnya kau sudah gila. Bengap. Berfikir pun nak suruh orang. Patutla Malaysia tak maju. Tunggu ajelah PRU-14 nanti.

Konfem aku sokong Bebas.

Nak sokong Pakatan Rakyat ? Tak payahlah, diorang tu lagi kuat nipu. Belum dapat kuasa nipu, dah dapat kuasa nipu. Tokoh langsung takde. Nak aku sokong Anwar Berahim ? Suruh dia angkat sumpah muhabalah dulu pasal kes liwat dia. Lepas tu suruh dia terangkan, mana pi jam Omega dia. Nak suruh aku sokong Nik Aziz ? Mintak dia terangkan 23 tahun dia jadi MB apa pembangunan yang dia bawak, sebab setau aku Islam tu progresif, maju, berdaya saing, membangun. Menengokkan negeri yang dia perintah, aku tak nampak satu pun ciri - ciri tu ada. Nak suruh aku sokong Lim Kit Siang ? Mati hidup balik 100x pun aku takkan sokong Komunis. Aku bukan golongan anak - anak muda liberal yang berasa bangga berbaju merah bertopi bucu lima bintang tiga. Yang merasakan diri mereka seolah Che Guevara, si pejuang revolusioner. Kononnya menjadi outcast kerana memperjuang hak rakyat. Guevara hidup susah dalam perjuangannya, kamu anak - anak muda Melayu, berjuang untuk mendapat lebih subsidi. Itu saja. Kenyang tembolok disumbat subsidi, maka diamlah kamu seketika. Sedangkan dari kecil hidup kamu disubsidi kamu masih lagi meminta - minta, inikan pulak bila dah 'BESAR'. Menyorok disebalik kata - kata "Kami memperjuangkan hak rakyat" tidak akan menyelamatkan kamu. Malah tidak membodoh atau membuta tulikan rakyat yang bijak. Kalau yang bodoh tu memang la kekal bodoh, sebab tu kau bagi fakta apa pun, dia tetap bangkang. Kamu memperjuangkan rakyat untuk mendapat lebih subsidi. Tapi kamu tidak memperjuang untuk memajukan rakyat, atau anak bangsa kamu sendiri.

Apakah sudah dikira berjiwa besar, sang perevolusi, apakala perjuangannya hanya untuk menjadikan rakyat, sang pengemis bergerombolan besar ? Bukan memperjuangkan mentaliti mereka supaya menjadi maju, ke hadapan, sofistikated dan mampu menyuap mulut mereka sendiri tanpa perlu mengemis ?

Kalau hendak merevolusikan masyarakat, dari borjuis kepada pengemis, itu sangat mudah. Dari elitis kepada pengemis juga sangat mudah. Tetapi yang paling sukar adalah mengangkat martabat si pengemis kepada orang yang sama tara.

Malang sekali bakat muda kita majoritinya yang bersuara bising, terlalu tolol dalam melihat hakikat kebisingan mereka. Dan ketololan ini berjangkit pada orang banyak.

Dan benar, Ah Jib Gor memang tolol.

Apa kata kamu ?

0 comments:

Post a Comment

Search

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter