Lately ni aku merasa sangat terganggu dengan peningkatan mendadak para ustaz - ustaz lulusan Madrasah Google dan FB. Jamaah para ustaz Google dan FB ni begitu hebat sekali dalam menyebar dakyahkan 'Islam Retorikal' mereka kepada akar umbi.
Bukan je para ustaz, para ustazah pun dah makin ramai dah. Hebat - hebat belaka retorik mereka di FB. Dengan hadith - hadith yang dipetik dari Google, mereka sewenang - wenang menjatuh hukum kepada orang lain, seolah - olah mereka sememangnya pakar Fiqh setanding Imam Mazhab yang Empat. Malangnya, pernah juga Ustaz FB ni terkantoi di wall aku, apabila mengeluarkan komen bangang abadi, 'Apebendelah yang diorang ni nak ikutkan sangat Syiah ni, kita kat Malaysia ni kan ikut mazhab Syafi'e'. Dan ustaz yang sama juga sibuk membasuh orang lain dan berhujah dengan penuh emosi apabila hal perlaksanaan hudud berbangkit.
Kata kunci yang utama dalam kejadian di atas :
i) Mazhab Syiah dan Mazhab Syafi'e adalah dua perkara berbeza. Syiah adalah mazhab Tauhid, Syafi'e adalah mazhab Fiqh. Kalau 2 ni pun tak dapat nak beza, tak payah berlagak cam alim ulama. Pi balik mengaji kitab lagi, sebelum keluarkan komentar bangang abadi yang memalukan diri sendiri.
ii) Kalau dah perkara basic macam mazhab ni pun ko tak dapat bezakan, ko rasa ko layak ke nak bercerita pasal benda yang se'advance' hukum hudud ni ? Dude, basic mazhab pun kau bongok, nikan pulak ko nak cerita pasal Islamic Jurisprudence ? Ini sudah jadi kes kau suruh budak darjah 3 terangkan pasal Perlembagaan Negara kat depan Hakim Besar Malaya sioott !!! Kau tau tak mengenali mazhab tu dipelajari waktu kau bukak kitab bab yang pertama 'Mabadi Ilmu Tauhid" ? Kalau tak tau nampak sangat la yang kau ni sijahil yang munafiq.
iii) Berhujah dengan penuh emosi, memang merupakan trend para ustaz/ustazah Google dan FB. Dengan emosi, mereka melabel dan menghukum orang lain. Dengan emosi, mereka mencapai keputusan. Dan dengan emosi juga, komentar bangang abadi seperti yang diatas, akan terlontar. Point aku, sejak bila Islam membenarkan sebarang penghukuman, ke atas sebarang perkara itu boleh dibuat berlandaskan emosi ? Dan tidak pula berdasarkan pertimbangan akal rasional, hukum - hakam Allah & Rasulnya, kitabnya sebagai pedoman ?
Malang sekali aku melihat trend ni tengah meningkat naik, dan lebih teruk lagi dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang msih lagi hidup di bawah tempurung kenegerian, walaupun sudah merempat mencari makan di negeri orang. Punyalah bangang, apabila satu agama yang penuh kemuliaan dan keagungan, disamakan dengan satu parti politik yang sememangnya tak mencerminkan keIslaman langsung.
Kenapa aku cakap camtu ? Baik aku nak tanya korang semua, apakah perlambangan Islam ?
Jubah ? Serban ? Kurta ? Janggut ? Jambang ? Bulan bintang ? Abaya ? Purdah ? Burqa ? AK-47 ?
Mana satu ?
Yang aku nampak, hari ni orang - orang Melayu kita diperbodohkan dengan mudah akibat dari pemakaian. Banyak dari kita menghukumkan orang lain berdasarkan pemakaian, bukan berdasarkan ilmu pengetahuan yang ada pada diri masing - masing. Maksud aku, penghukuman itu dibuat berdasarkan apa yang kita nampak secara kasar, bukan kita perhalusi dengan ilmu yang kita pelajari.
Sebagai contoh ;
Apabila lalu seorang wanita yang tak berhijab di hadapan kita, akan ada yang memandang golongan ini secara confirmnya sebagai ahli neraka kerana tidak menutup aurat. Ni tipikal.
Dan apabila lalu seorang wanita yang bertudung labuh, maka bagi jantan - jantan Islamik, sudah pasti ramai yang berangan - angan nak jadikan wanita tersebut sebagai calon isteri.
Persoalan aku ;
i) Macam mana kau orang boleh tau yang wanita pertama di atas merupakan ahli neraka, atas sebab dia tak menutup aurat, sedangkan sekiranya dia bertaubat dan taubatnya diterima, maka bukankah yang melabel tadi sudah pun berdosa besar kerana bersangka buruk sesama makhluk ?
ii) Bersangka buruk itu adakah merupakan sikap yang dianjurkan oleh Islam ? Ataupun ianya merupakan sikap yang dikeji Allah Ta'ala dan Rasulnya ?
iii) Bagaimana pula penghukuman yang dibuat kepada wanita bertudung labuh tadi, yang merupakan penghukuman positif, perlambangan wanita solehah, sedangkan ianya dilakukan tanpa usul periksa ? Sementelah ketika ini melambak sudah 3gp wanita - wanita berjilbab dengan aksi yang lebih hebat dari kaki clubbing yang rajin gi club 3 kali seminggu ?
iv) Sekali lagi aku tanyakan, sejak bila Islam membolehkan penghukuman dibuat tanpa soal selidik ?
Aku bukan memusuhi golongan Ustaz Google. Yang aku musuhi adalah minda jumud mereka yang tidak terbuka kepada perbincangan. Yang sesuka hati melabel orang lain itu dan ini, hanya kerana mereka membaca sepotong ayat yang didapatkan dari Google. Yang gemar berselindung disebalik pendapat ulama sana dan sini, dalam membuat penghukuman yang menguntungkan diri mereka sendiri. Sedang apabila ditanya tentang pendapat mereka, mereka akan mengatakan, "Saya mendengar ulama ini berkata.." atau "Sudah disebut dalam kitab sekian - sekian oleh ulama sipolan sipolan" yang menunjukkan mereka ini hanyalah ikut - ikutan. Bukan berhujah dengan fakta mereka sendiri.
Maka apakah nilainya pendapat orang yang ikut - ikutan ini ?
Bacalah. Perhalusilah. Fikirlah. Dan kajilah. Bukan kejilah.
Orang yang berilmu itu dipanggil orang sebagai alim atau ulama.
Dan orang yang rajin beribadat itu digelar abid, dan sifatnya warak.
Tidak semua abid itu alim berilmu.
Tetapi majoriti dari orang alim itu warak.
Dan orang yang alim juga turut tidak terlepas daro dosa dan kesalahan.
Maka janganlah terkeliru. Sama ada dari segi sifat, rupabentuk, tuturkata, atau perlambangan.
Sebaiknya melabel orang atas dasar fakta dan rasional bukan emosi.
Barulah Islam itu dipandang tinggi, mulia da maju kehadapan. Bukan sebagai agama ritual oleh orang yang ikut - ikutan.

0 comments:
Post a Comment