Tuesday, March 25, 2014

Posted by NeoJournalis 7:56 AM No comments
Salam,

MH370 telah pun diisytiharkan terhempas di Lautan Hindi. Barangkali ini berita yang paling menyedihkan setelah 18 hari mengharap kembalinya pesawat tersebut dengan selamatnya. Para ahli keluarga yang terlibat, sama ada penumpang atau anak - anak kapal sedang dirundung kesedihan.

Namun disebalik kejadian ini, telah terbukalah beberapa sisi negatif rakyat Malaysia, yang kelihatannya begitu jijik sekali. Malah yang lebih memalukan, sisi negatif ini begitu tampak dipertontonkan oleh mereka - mereka yang berasakan diri mereka terlalu Islamik.


Cacian, fitnah, sebaran berita palsu, kutukan dan pelbagai lagi keburukan dilemparkan kepada semua pihak terlibat, terutama kepada Kerajaan Malaysia yang bersusah payah menjaga kredibiliti Malaysia di mata dunia. Amat pelik sekali bila kita melihatkan apabila di negara - negara kafir, jika berlaku sebarang musibah atau kemalangan, penduduk mereka begitu rasional dalam memberikan pendapat. Amat sukar sekali untuk kita melihat mereka mengkhianati negara tumpah darah mereka. Menjadi sarkastik barangkali, namun menghina tanah air jauh sekali.

Tetapi, yang berlaku di bumi Malaysia amat asing sekali. Dalam kejadian ini, umat Melayu Islam kita seolah - olah dijangkiti virus kebodohan melampau sehingga tidak dapat berfikir dengan rasional, malah pula sanggup berkhayal dan memfitnah dengan pelbagai teori. Entah candu jenis apakah yang telah merosakkan akal mereka ini tidak pula dapat dipastikan. Sehinggakan terkeluar pula kata - kata yang begitu menyakitkan telinga dan memalukan muka. Pesawat dihilangkan untuk mengalih perhatian kerana seorang yang menganggap dirinya pemimpin hendak kena penjara ? Pesawat hilang kerana ada kerajaan negara yang tidak berpuas hati dengan pimpinan sedia ada ? Pesawat tidak dijumpai kerana "orang-orang alim telah bermimpi yang ia tersesat di Segitiga Formosa" ? What the fuck is this ?? Dimana akal orang - orang ini ??

Lebih memalukan apabila melihat kelompok masyarakat Melayu yang berlagak memandai-mandai mengalahkan jurutera penerbangan dan pakar aviation dalam mengutarakan pendapat mereka. Malang sekali mereka - mereka yang memandai - mandai ini cuma berani menyalak di laman sosial sahaja, tidak pula mereka berjiwa kental nak buat press conference untuk mermberi tahu kepada dunia yang mereka berada di pihak yang benar. Lebih handal lagi, pendapat - pendapat bangang mereka ini dishare pula oleh kaum kerabat mereka yang turut terjangkit virus yang sama,

Sehinggakan kita sendiri ditegur oleh rakyat negara lain, peri buruknya perangai kerana tidak patriotik. Dan rakyat Malaysia masih lagi berangan - angan hendakkan kerajaan yang taatkan mereka. Yang setia. Sedang kita anak peribumi tidak lagi punya perasaan patriotik dan cintakan negara kita. Kita beralasan bahawa kerajaan pemerintah sudah korup dan menzalimi rakyat. Tetapi dikala rakyat dizalimi, mereka masih mampu membeli superbike (barangkali kerana harga kangkung yang murah), masih mampu melancong ke luar negara bersama keluarga (sila ke MATTA Fair kalau tak percaya), masih mampu menukar smartphone 6 bulan sekali kepada model terbaru, tercanggih dan termahal (walaupun masih tak berpuas hati kerana BR1Mnya cuma RM 650 setahun sekali dan bukan setiap bulan) dan masih lagi mampu berFB setiap malam (walaupun cuma untuk update status sahaja, dengan smartphone canggih pelbagai fungsi).

Barangkali ini kesilapan kerajaan dalam memberi pendidikan dan pembangunan modal insan. Ye. Apa pun semuanya kerajaan yang bersalah. Rakyat tidak pernah bersalah. Individu tidak pernah bersalah. Tak mengapa. Allah Maha Tahu. Anda boleh berdusta dan menjadi si warak didunia, menjadi Mujahidin Briged Keyboard di dunia virtual. Tetapi Allah Maha Tahu. Anda akan dipertanggungjawabkan. Dan saya telah mengingatkan anda.

Sudah - sudahlah menuding jari. Simpan saja jari - jari kamu dalam genggaman, sehingga kamu bersedia menghulurkannya untuk memberi bantuan. Kerana jari - jari kamu jua akan turut berbicara di yaumul-mahsyar kelak.

Saya juga bukan golongan pendita agama yang suka memetik ayat - ayat suci buat jadi pendinding diri. Bukan jua makalim yang mustajab doanya. Tetapi saya sudah jemu dan muak melihat umat Melayu Islam semakin 'degenerated'. Dan kejadian MH370 ini telah menunjukkan betapa hancurnya minda dan akal segelintir saudara - saudara kita dalam berfikir dan mengkaji. Inikah kualiti bakal pendukung panji hitam Bani Tamim ?

Sudahlah. Berhentilah memfitnah. Dan sedekahkanlah doa & Al - Fatihah seikhlasnya.

Semoga para ahli keluarga Muslim yang terlibat diberikan kekuatan oleh Allah untuk menjadi insan yang redha.

Semoga rahmat Allah bersama anda jua selamanya.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Search

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter