Tuesday, December 10, 2013

Posted by NeoJournalis in | 11:49 PM No comments
Lately ni aku merasa sangat terganggu dengan peningkatan mendadak para ustaz - ustaz lulusan Madrasah Google dan FB. Jamaah para ustaz Google dan FB ni begitu hebat sekali dalam menyebar dakyahkan 'Islam Retorikal' mereka kepada akar umbi.

Bukan je para ustaz, para ustazah pun dah makin ramai dah. Hebat - hebat belaka retorik mereka di FB. Dengan hadith - hadith yang dipetik dari Google, mereka sewenang - wenang menjatuh hukum kepada orang lain, seolah - olah mereka sememangnya pakar Fiqh setanding Imam Mazhab yang Empat. Malangnya, pernah juga Ustaz FB ni terkantoi di wall aku, apabila mengeluarkan komen bangang abadi, 'Apebendelah yang diorang ni nak ikutkan sangat Syiah ni, kita kat Malaysia ni kan ikut mazhab Syafi'e'. Dan ustaz yang sama juga sibuk membasuh orang lain dan berhujah dengan penuh emosi apabila hal perlaksanaan hudud berbangkit.

Kata kunci yang utama dalam kejadian di atas :

Tuesday, November 19, 2013

Posted by NeoJournalis in | 6:07 PM No comments
Malaysiaku hari ini tak tau apa nak jadi. Di bawah kepimpinan bangang Ah Jib Gor, makin banyak kebodohan menjangkiti masyarakat umum. Tak pasti kenapa kita dapat pemimpin bangang camtu.

Pembaziran wang negara di tahap paling tinggi. Obama-wannabes. American - centric. Bodoh.

Satu ketika dulu, Malaysia adalah negara yang punya suara besar di pentas dunia. Sekarang ? Malaysia dah berada di tangga ke berapa pun aku tak tau.

Setakat baca teks masa bagi ucapan depan rakyat jelata bukan ertinya kau seorang pemimpin. Setakat mendengar sorak - sorai dari rakyat (baca : pengampu dan pembodek) bukan bermakna kau diterima dan dihormati. Setakat mengekalkan muka - muka bangang untuk jadi Menteri bagi kesekian kali, bukanlah tanda intelek yang tinggi. Setakat sub-kontrak kerja kau dekat orang lain, tu pun bukan tanda kebijaksanaan. Sampaikan berfikir dan bercakap pun kau sub-kontrakkan dekat orang lain, tu memang lambang kebangangan sejati. Kalau semua benda pun kau nak sub-kontrak dan kau bayar guna wang negara, aku pun boleh jadi pemimpin doh!

Search

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter